Soalan (S): Boleh terangkan sedikit mengenai latar belakang saudara khususnya pendidikan, perniagaan yang dilakukan dan keadaan kesihatan ketika ini.
Encik Omar (EO): Saya
belajar sehingga peringkat diploma ukur tanah, Universiti Teknologi Malaysia
tahun 1972 hingga 1975. Selepas itu saya bekerja dengan Felda selama 20 tahun.
Penswastaan Felda menyebabkan saya dipencenkan, jadi saya pencenlah. Felda
tubuhkan anak syarikat untuk cari duit sendiri. Saya tak nak. Dapat saja duit
pencen, saya berhenti. Lepas tu saya bekerja dengan consultant buat highway,
jadi ketua juruukur. Lebih kurang setahun saya kerja dengan consultant ni.
Selepas tu saya bekerja
dengan developer selama 13 tahun.
Saya beralih arah dari juruukur kepada landlaw.
Semua urusan tanah saya handle. Apa
saja berkaitan tanah, saya handle lah.
Sehingga tak ada projek lagi, mereka bagi VSS. Saya ingat nak balik kampung,
tapi adik Tan Sri Azman minta saya jaga property
selama tujuh tahun. Bila bisnes property
pun dah tak ada income, syarikat pun
tak boleh bayar gaji saya lagi, saya berhentilah. Saya hanya makan duit pencen.
Mula-mula nak joint bisnes pasar malam, tiba-tiba terjumpa pasar tani Fama dekat sini, buat hari-hari. Tak perlu pindah. Dekat dua tahun dah saya kat sini.
Sebenarnya sepanjang hidup
saya tak pernah berniaga, inilah kali pertama berniaga.
Saya mula berniaga pada
September 2012. UTC baru buka beberapa bulan saja. Berniaga ni kalau dapat kena
jaga kualiti, pelanggan. Kalau pelanggan ada, kualiti tak ada, pun habis. Masa
mula-mula berniaga, sampaikan kalau pelanggan makan, sisa makanan saya perhatikan.
Habis ke tak habis. Kalau tak habis, apa sebab agaknya. Dia kenyang atau
masakan kita yang tak sedap. Kita kena kaji itu semua. Harga pun kena tengok
juga. Apabila orang dapat terima masakan kita, orang pun Insya Allah, sekali
makan dan rasa sedap, dia akan datang lagi.
Saya tinggal di Bukit Katil,
di rumah sewa. Kesihatan saya turun naik. Sebenarnya semasa saya bekerja dengan
property company, saya dah ada penyakit jantung. Umur 50 thun dah kena sakit
jantung. Saya buat angioblasting
tahun 2004. Sepuluh tahun jangka masa. Tahun 2014 kena serang sekali lagi dan
masih follow-up dengan IJN. Bypass pada bulan sepuluh lalu. Umur
saya sekarang dah 60 tahun.
S: Adakah saudara libatkan diri dalam persatuan atau organisasi berkaitan usahawan atau masyarakat sama ada di kawasan tempat tinggal atau di peringkat negeri?
EO: Setakat ini saya tidak
libatkan diri dengan mana-mana persatuan usahawan. Fama pun taka da. Cuma
melalui pengalaman dan internet. Saya masukkan maklumat perniagaan saya dan
iklankan melalui internet.
Kalau nak masuk persatuan,
saya ingat persatuan peniaga-peniaga nilah. Peniaga-peniaga Fama mungkin ada
persatuan tapi tak boleh sangatlah bergantung pada dia.
S: Pada pandangan saudara, sejauh mana aktiviti dalam masyarakat dapat membantu saudara lebih aktif untuk mengubah keadaan hidup.
EO: Setakat ni tidak ada
kerana masa sudah terlalu banyak pada perniagaan. Waktu berniaga ni lama 10
pagi hingga 10 malam tapi saya kena bersedia lebih awal untuk ke pasar beli
barang. Balik malam pun begitu juga. Saya cuba balik dalam pukul 8.30 malam
atau 9 malam dan terus ke supermarket. Taka da masa untuk aktiviti dalam
masyarakat.
S: Adakah saudara merasai perubahan keadaan hidup selepas menyertai persatuan masyarakat seperti menghadiri kursus-kursus berkaitan keusahawanan atau peningkatan kemahiran?
EO: Setakat ni tak ada. Saya
banyak joint aktiviti yang dianjurkan
Fama seperti kursus kesihatan dan penyediaan makanan.
Ha…ha…ha…saya suka kursus
penyediaan makanan, itu penting. Lepas tu saya ingat tak nampak kursus lain
yang lebih penting.
S: Adakah saudara mempunyai pekerja untuk membantu perniagaan sekarang? Jika ada bagaimana ia membantu pekerja saudara untuk mengubah hidup? Di samping itu apakah cabaran-cabaran yang dihadapi?
EO: Saya memang perlukan
pekerja sebenarnya tapi nak dapatkan pekerja sangat susah. Saya pernah ada dua
orang pekerja sementara. Untuk cari pekerja saya pernah buat iklan dan pamerkan
di bus stop. Cari pekerja memang
payah dapat sebab syarat penting ialah warganegara Malaysia. Syarat Fama memang
ketat iaitu kalau bekerja mesti ambil warganegara Malaysia. Mungkin ada baiknya
tetapi kepada peniaga lebih susah. Orang-orang sekarang lelaki dan perempuan
lebih suka kerja kilang atau kedai. Nak kerja pembantu gerai ni payah. Mungkin
boleh dapat, saya masih lagi berusaha untuk mencari pekerja.
Dulu saya ada la pekerja
suri rumah tangga buat semetara waktu. Masalahnya masa perniagaan yang panjang.
Kalau pedapatan tak seberapa kita pun tak berani nak tawarkan kerja sangat.
Habis masa sehari suntuk dekat sini, pendapatan tak seberapa, itu pun payah.
Kalau ada pekerja memang
dapat majukan perniagaan saya. Paling-paling tidak urusan menyediakan makanan
ni cepat. Sekarang saya dengan isteri saja.
Cabaran yang dihadapi
setakat ini adalah syarat yang terlalu
banyak. Ini pun susah juga. Contohnya kalau diberi permit jual asam pedas, tak
boleh buat air, tak boleh tambah menu makanan lain. Apa saja yang nak buat kena
minta kebenaran. Kalau tak ada kebenaran maknanya tahun depan dah tak boleh renew permit. Syaratnya terlalu ketat
mungkin menyenangkan Fama tetapi bagi peniaga agak susah.
Cabaran-cabaran lain saya
ingat tak ada sangatlah.
S: Adakah saudara mendapat pembiayaan perniagaan untuk menjalankan bisnes ini?
EO: Setakat ini, orang lain
dapat pinjaman Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat dan sebagainya, tapi
disebabkan umur saya dah 60 tahun, semuanya tak dapat (ketawa). Usaha dapatkan
pinjaman ada tapi dah diberitahu tak layak, jadi tak dapatlah.
Kebetulan dulu saya masih
ada duit simpanan, boleh la buat modal bisnes.
Masa depan saya nak dapatkan
van bergerak untuk menjual makanan kerana saya tengok tempat ni tak kekal.
S: Adakah saudara menerima galakan dari mana-mana pihak untuk menyimpan wang atau membeli aset?
EO: Setakat ni semangat nak
berjaya datang dari diri sendiri. Semasa mula-mula buat bisnes ni, saya terus
buka akaun syarikat, dapatkan lesen dari agensi berkaitan untuk persediaan
saya.
Memang hasrat saya nak
kembangkan bisnes ni tapi masalahnya umur saya. Saya hanya harapkan pada orang
rumah saya. Tenaga untuk bekerja kuat tak banyak lagi.
S: Pada pandangan saudara, hidup telah berubah kerana melibatkan diri dalam perniagaan.
EO: Bekerja sendiri tak semudah kerja makan gaji. Masa selalunya tak cukup untuk masyarakat dan rakan-rakan. Dalam bisnes ni, saya gunakan pengalaman kerja dulu-dulu untuk pastikan saya boleh berjaya.
S: Pada pandangan saudara, hidup telah berubah kerana melibatkan diri dalam perniagaan.
EO: Bekerja sendiri tak semudah kerja makan gaji. Masa selalunya tak cukup untuk masyarakat dan rakan-rakan. Dalam bisnes ni, saya gunakan pengalaman kerja dulu-dulu untuk pastikan saya boleh berjaya.
No comments:
Post a Comment