Monday, August 25, 2014

Basic grammar cara mudah memahami







Penulis: Amy Ainuddin, Latifah Wahab
Tahun: 2014
Penerbit: Penerbitan IMT Sdn Bhd, Puchong, Selangor.
Muka Surat: 68

Kebanyakan pelajar tidak memberi penekanan terhadap kepentingan aspek tatabahasa dan struktur ayat. Lantaran itu tidak mustahil pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar khususya pelajar Melayu di luur bandar masih lagi rendah, sedangkan penguasaan bahasa Inggeris amat penting hari ini.

Buku ini mengandungi 17 bab ringkas yang menerangkan asas tatabahasa bahasa Inggeris. Antaranya noun, singular dan plural, verbs, tenses dan adverbs

Penerangan dalam bahasa Melayu memudahkan pelajar faham. Namun untuk menguasainya mereka perlu bertanya kepada guru bahasa Inggeris supaya dapat memahami dengan lebih jelas. Mereka juga perlu praktis bercakap dan membuat latihan dari semasa ke semasa supaya cepat belajar bahasa Inggeris ini.

No comments:

Post a Comment