Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan
udara MH17 yang tiba di Malaysia.
Kepulangan jenazah dinanti-nantikan
oleh ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia. Lebih sebulan
kejadian itu berlaku, semua jenazah yang telah dikenal pasti dapat
disempurnakan pengkebumian mereka dengan penuh hormat dan bangga.
Perasaan ahli keluarga yang
dapat menerima jenazah ahli keluarga mereka tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata. Bagi ahli keluarga Allahyarham Mohd Ali, mereka tidak sabar untuk
menatap wajah, memeluk dan mencium jenazahnya. Dapat melihat jenazah sudah
mencukupi kerana impak kemalangan udara berkenaan sangat besar kepada tubuh
manusia.
Semua pihak yang terlibat
dalam urusan jenazah bermula dari mencari di medan kejadian, di hospital dan
seterusnya memandikan dan mengkafankan jenazah sehinggalah kepada raptai
menyambut jenazah di lapangan terbang dan mengiring sampai ke kubur, tidak dapat
digambarkan kepuasan memberi khidmat secara terhormat.
Ucapan tahniah kepada
pemimpin negara yang bertindak pantas mengusahakan pasukan penyelamat dapat
membawa keluar sebahagian besar mangsa berkenaan dalam keadaan genting dan
sukar.
Sesungguhnya semua rakyat
Malaysia turut bersimpati dan berdukacita atas kejadian ini. Semoga setiap
daripada kita dapat menahan kekuatan hati dan redha atas kejadian yang tidak
pernah diduga akan berlaku.
Kepada Allah kita datang dan
kepada Allah kita dikembalikan.
No comments:
Post a Comment