Mengajak orang
lain membuat kebaikan bukanlah semudah berkata, “Buat ini, saya hendak tengok
esok”.
Sebaliknya kena ada pendekatan lain yang dapat mendorong orang lain
membuat kebaikan atau menyertai misi kita. Pendekatan atau teknik yang saya
maksudkan ialah mesej tentang visi, impian, harapan dan apa sahaja yang
dimasukkan ke dalam fikiran.
Sudah tentu tindakan ini mengambil masa yang lebih
lama dan usaha berterusan.
Prinsipnya ialah tidak boleh menyuruh sebaliknya
mengajak. Dengan mengajak, ia tentu membiak dari seorang kepada dua, empat,
lapan sehingga seratus.
Kesimpulannya, ajak dan pelawa ke arah kebaikan lebih
berkesan berbanding menyuruh atau memerintah.
No comments:
Post a Comment