Tuesday, August 26, 2014

Fikir di luar tempurung







Keluar dari tempurung pemikiran sendiri bagi mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita menjadikan proses transformasi minda lebih cepat. 

Maksudnya ialah ketika memikirkan sesuatu perkara atau sesuatu isu, kita wajar melihat sudut pandang yang berbeza daripada pemikiran kita. 

Bagaimana hendak melihat dari tempurung pemikiran orang lain? 

Mahu ataupun tidak, kunci utama ialah memahami dengan jelas apa yang menjadi keutamaan yang berada dalam fikiran. Contohnya dalam menyelesaikan masalah pelanggan sama ada di pejabat, pasar raya atau kawasan kejiranan, memahami orang lain membantu kita menyelesaikan isu atau memenuhi keperluan mereka. 

Berfikir di luar tempurung pemikiran atau kepompong pemikiran boleh membantu memenuhi keperluan orang lain dengan lebih pantas.



No comments:

Post a Comment