Soalan
(S): Boleh terangkan sedikit mengenai latar belakang makcik khususnya
pendidikan, perniagaan yang dilakukan dan keadaan kesihatan ketika ini.
Puan
Foziah (PF): Makcik datang dari keluarga susah…kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Macam tu lah keadaannya. Adik-beradik makcik ramai… sepuluh
orang. Mak ayah kerja kampung, kami adik-beradik ada yang tak habis sekolah.
Makcik sendiri nasib baik sikit, tamat sekolah rendah. Lepas sekolah makcik
tolong mak jual nasi lemak…berjalan keliling kampung.
Sekarang
ni makcik duduk dengan anak-anak, dua orang. Suami dah meninggal…sakit jantung.
Makcik kena bekerja untuk anak-anak makcik. Biar anak-anak berjaya dalam
pelajaran.
Selepas
suami meninggal, hidup makcik sangat susah. Makcik pernah tinggal di garaj
kereta. Macam-macam kerja makcik buat, cari upah. Anak laki-laki ambil upah cuci
pinggan, anak perempuan ambil upah sebagai pencuci rambut. Kalau ada orang nak
buang barang-barang, kalau masih elok makcik minta untuk anak-anak.
Sebelum
ni pun makcik pernah jual cendol tepi jalan tapi tak ada lesen. Pernah cuba
mohon dulu tapi tak pernah dapat. Tak tahulah apa sebabnya. Kali ini makcik
rasa hidup lebih baik. Bantuan dari pusat zakat untuk perniagaan cendol ni bolehlah
makcik start kembali, dengan modal
RM500 sudah cukup untuk makcik, lesen berniaga pun dah ada.
Alhamdulillah,
kesihatan makcik masih baik, harap-harap Allah bagilah tubuh badan yang kuat
untuk makcik bekerja demi anak-anak makcik.
S:
Adakah makcik libatkan diri dalam persatuan atau organisasi berkaitan usahawan
atau masyarakat sama ada di kawasan tempat tinggal atau di peringkat negeri?
PF:
Makcik tak masuk mana-mana persatuan. Macam mana nak masuk, hari-hari nak
uruskan perniagaan. Pagi-pagi lagi dah kena urus barang-barang jualan, kemudian
jaga gerai sampai ke petang. Lepas tu berkemas dan cari barang lain pula untuk
esok.
Kalau
di surau tu adalah…dengan kawan-kawan jemaah, tapi tak adalah nak masuk
persatuan mana-mana.
S:
Pada pandangan makcik, sejauh mana aktiviti dalam masyarakat dapat membantu
saudari lebih aktif untuk mengubah keadaan hidup.
PF:
Makcik rasa bagus kalau masuk persatuan…macam-macam aktiviti boleh buat. Kalau
kita susah, mereka dapat bantu. Tapi kerja makcik sehari suntuk, susah nak joint. Tak ada masa.
S:
Adakah makcik merasai perubahan keadaan hidup selepas menyertai persatuan
masyarakat seperti menghadiri kursus-kursus berkaitan keusahawanan atau peningkatan
kemahiran?
PF:
Susah la nak cakap. Setakat ni makcik lebih senang dengan kerja makcik. Mungkin
ke depan ni makcik boleh masuk persatuan. Bantuan zakat pun dah cukup.
S:
Adakah makcik mempunyai pekerja untuk membantu perniagaan sekarang? Jika ada bagaimana
ia membantu pekerja makcik untuk mengubah hidup? Di samping itu apakah
cabaran-cabaran yang dihadapi?
PF:
Makcik kerja seorang…kadang-kadang anak-anak bantu. Beli barang semuanya makcik
dan anak-anak buat. Tak harap bantuan orang lain.
Cabaran
yang makcik hadapi sekarang ni keperluan nak bergerak ke sana-sini, nak beli
barang, nak hantar cendol. Kadang-kadang ada pelanggan yang minta hantar
cendol, mereka beli borong. Jadi kalau makcik ada motosikal rasanya lebih baik
sikitlah.
Cabaran
lain makcik rasa tempat berniaga kurang ramai orang. Tepi jalan ni
kadang-kadang orang fikir kebersihan. Kalau makcik dapat ke kawasan ramai
orang, perniagaan cendol ni lebih baik sikit.
S: Adakah makcik mendapat pembiayaan perniagaan untuk
menjalankan bisnes ini?
PF:
Setakat ni pusat zakat banyak memberi bantuan dan sokongan. Makcik baru dapat
gerai tolak ni, mudah sikit nak berniaga. Bantuan lesen berniaga pun mereka
bantu dapatkan. Modal yang makcik ada boleh bantu sikit-sikit.
Makcik
tak ada pinjam dari mana-mana bank, bantuan dari pusat zakat saja setakat ni.
Rasa malu pula nak minta bantuan lagi.
S:
Adakah makcik menerima galakan dari mana-mana pihak untuk menyimpan wang atau
membeli aset?
PF:
Ada…dari pusat zakat sendiri. Mereka bagi sokongan untuk makcik berniaga, beri
tunjuk ajar cara nak simpan duit buat modal pusingan. Jual cendol ni pendapatan
kecil tapi sikit-sikit lah makcik simpan.
Makcik
kena bahagikan pendapatan untuk keperluan harian, untuk anak-anak sekolah.
S: Pada pandangan makcik, hidup telah berubah kerana melibatkan
diri dalam perniagaan.
PF:
Berubah tu ada, lebih baik. Ada pendapatan sendiri…walaupun tak banyak. Makcik
akan terus berusaha. Hidup susah mengajar makcik untuk jimat-cermat.
No comments:
Post a Comment