Saturday, August 23, 2014

Beri positif, dapat positif







Memberitahu orang lain bahawa kita berminat dengan personaliti yang unggul, idea yang bernas dan berusaha untuk hadir dalam sesuatu program yang dianjurkan merupakan kaedah untuk membuatkan orang lain memberi perhatian kepada kita. 

Menunjukkan minat terhadap tindakan orang lain, berminat dengan kerja mereka dan berminat dengan kehidupan mereka menjadikan orang lain turut memberikan perhatian kepada kita. 

Inilah yang dikatakan balasan positif mendapat balasan positif juga seperti sensitif dengan kehadiran kita dan lebih akrab. 

Tanda-tanda minat ialah menggunakan suara yang mesra semasa menjawab telefon, senyum semasa bertemu dan memanggil nama dengan panggilan yang disukai. 

Jadilah orang yang memberi balasan positif kepada kemesraan yang ikhlas.



No comments:

Post a Comment