Sunday, August 24, 2014

Bina persahabatan sejati







Mencari rakan yang lebih ramai dan membuatkan mereka berasa penting bukan boleh dicari melalui facebook atau whatsapp tetapi melalui ucapan yang mesra, bersikap terbuka terhadap perbezaan dan memberi perhatian. 

Hubungan melalui media baharu ini tidak ada sentuhan dan belaian psikologi. 

Dale Carnegie berkata, “Sekiranya kita mahu orang lain menyukai kita, kita perlu membina persahabatan sejati. Sekiranya kita mahu membantu orang dan pada masa sama membantu diri sendiri, sematkan prinsip ini ke dalam hati, iaitu tanamkan minat yang sungguh-sungguh ke dalam diri orang lain”.

No comments:

Post a Comment