Ada seorang makcik turun dari motosikal bersama anaknya di pasar Ramadhan Peringgit, Melaka. Hajat anaknya ialah sebiji roti John tetapi makcik ini hanya ada lima ringgit sahaja.
Di pasar Ramadhan ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan sedang mengadakan kutipan derma tabung Palestine.
Semasa makcik ini lalu di hadapan tabung, anaknya berkata, "Kasihan anak-anak Palestine tu mak ye". Mendengar kata-kata anaknya, makcik itu terus memasukkan duit lima ringgit yang ada di tangannya. Maknanya makcik ini sudah tidak ada wang untuk membeli roti John.
Petugas tabung Palestine yang perasan dengan keadaan makcik itu cuba mengejar dua beranak tadi untuk memberikan sumbangan kepada mereka khususnya anak makcik berkenaan.
Semasa berjumpa dan hendak berikan sedikit sumbangan peribadi, makcik itu berkata, "Tak apa nak...masukkan duit tu untuk tabung Gaza. Ada hamba Allah berikan makcik duit ini", katanya sambil menujukkan wang kertas RM50.
Keikhlasan hati makcik tadi digantikkan Allah swt dengan sepuluh ganda nilai wang. Ia dibalas tunai pada masa itu juga.
Nilai Allah swt terletak pada keikhlasan dan kejujuran kita dalam memberi sumbangan. Tidak akan rugi orang yang memberi sedekah kerana ganjarannya adalah jelas.
No comments:
Post a Comment