Monday, July 28, 2014

Berjiwa besar







Orang yang berjiwa kecil tidak ada kejayaan dalam hidup. Orang yang berjaya ini ialah orang yang berjiwa besar. 

Apakah maknanya jiwa besar? 

Jiwa yang besar bermakna sanggup gagal. Jika sanggup menanggung risiko kegagalan, Insya Allah kita pasti berjaya. 

Kalau takut untuk gagal, kita tidak akan berjaya. Kita perlu berani untuk berhadapan dengan kegagalan. 

Apabila berani untuk gagal, kita boleh melakar kejayaan. Penghalang jiwa besar ialah rasa rendah diri iaitu sifat yang memusnahkan keupayaan sebenar. 

Hindari rendah diri ini dengan meyakini bahawa kita adalah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment