Dalam kehidupan
kita, ramai yang hendak atau teringin menjadi pemimpin. Namun, adakah pemimpin
itu dikagumi kerana jawatan yang disandang atau pengaruh yang dimiliki?
Bagi
menjawab soalan ini, saya berkongsi kisah seorang presiden pasukan bola sepak
yang membawa sekumpulan kanak-kanak melihat stadium yang besar. Dia membawa
kanak-kanak ke dalam stadium, menyentuh tiang gol dan duduk di bangku simpanan
pemain.
Sebaliknya rombongan ini dilarang masuk ke kawasan pemain memanaskan
badan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas.
Sudah tentu presiden
pasukan bola sepak itu boleh memberitahu yang beliau berhak untuk masuk tetapi
memilih untuk tidak melakukannya. Selepas itu, beliau menulis surat terima
kasih kerana pengawal keselamatan itu telah berjaya melaksanakan tugas.
Ternyata seorang pemimpin boleh menjadi hebat kerana tahu bagaimana
berinteraksi dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment