Monday, July 21, 2014

A World Without Islam





Penulis: Graham E. Fuller
Tahun: 2010
Penerbit: Back Bay Books, New York, USA.
Muka Surat: 385

Tajuk buku ini menggamit pembaca untuk mengetahui huraian yang dikemukakan Fuller, bekas naib pengerusi Majlis Risikan Kebangsaan, di CIA.

Kandungan buku ini mengimbas kembali sejarah, geopolitik dan agama untuk mengetahui sama ada terdapat sesuatu yang unik dalam Islam dan pengikutnya yang mencetuskan konflik dan keganasan.


Bermula dari kemunculan Muhammad saw sehingga kejatuhan Empayar Othmaniah, buku ini membuat analisis akar umbi keganasan, konflik di Israel dan Chechnya serta peranan Islam dalam memberi sokongan dan memperkasa perjuangan anti penjajahan.

A World Without Islam adalah ruang debat dan membentuk semula kaedah cara berfikir tentang Islam dan Barat.

 
Post a Comment