Dalam kehidupan kita, ramai yang hendak atau teringin menjadi pemimpin. Namun, adakah pemimpin itu dikagumi kerana jawatan yang disandang atau pengaruh yang dimiliki?
Bagi menjawab soalan ini, saya berkongsi kisah seorang presiden pasukan bola sepak yang membawa sekumpulan kanak-kanak melihat stadium yang besar.
Dia membawa kanak-kanak itu ke dalam stadium, menyentuh tiang gol dan duduk di bangku simpanan pemain. Tetapi rombongan ini dilarang masuk ke kawasan pemain memanaskan badan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas.
Sudah tentu presiden pasukan bola sepak itu boleh memberitahu yang beliau berhak untuk masuk tetapi memilih untuk tidak melakukannya.
Selepas itu, beliau menulis surat terima kasih kerana pengawal keselamatan itu telah berjaya melaksanakan tugas.
Ternyata seorang pemimpin boleh menjadi hebat kerana tahu bagaimana berinteraksi dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment