Selepas mendapat maklum balas kurang menggalakkan daripada orang ramai khususnya masyarakat Putrajaya, barulah presiden Perbadanan Putrajaya memberi reaksi yang berbeza kali ini. Cadangan pembukaan Hard Rock Café di Putrajaya tidak mendapat sambutan.
Tan Sri Aseh Che Mat wajar memahami aspirasi dan polisi pembangunan Putrajaya yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. Membenar masuk elemen negatif seperti penjualan arak adalah tidak perlu di Putrajaya kerana siapa pula yang akan mengunjungi kedai berkenaan. Hal ini kerana rata-rata penduduk yang bekerja di sini adalah masyarakat Islam.
Takkanlah kerana hendak memenuhi keinginan generasi muda dan penunggang motosikal Harley-Davidson beliau mahu membenarkan kedai berkenaan dibuka. Amat malang bagi masyarakat Putrajaya untuk mempunyai pemimpin yang berfikiran seperti itu. Namun kita yakin pengalaman beliau sebagai Ketua Setiausaha kementerian dan pembuat polisi dapat membantunya melihat situasi berkenaan dalam konteks yang lebih menyeluruh dengan mengambi kira keperluan dan kehendak masyarakat setempat.
Kita tidak mahu melihat keadaan tenang dan dinamik masyarakat Putrajaya dengan pelbagai aktiviti ke arah kesejahteraan keluarga dirosakkan oleh elemen-elemen negatif yang dibawa dari luar semata-mata ingin menunjukkan bahawa di Putrajaya semuanya ada.
Lagi pun dalam masyarakat kita terdapat beberapa jenis kopi yang hebat dan impaknya pun sehebat nama seperti Kopi Jantan atau Kopi Janda. Sepertimana bagus pada namanya, rasa kopi ini pun tentulah sesedap rasanya.
No comments:
Post a Comment