Thursday, March 24, 2011

Selesai masalah jiwa dengan solat tahajjud

Menyelesaikan masalah jiwa ada banyak cara. Ada yang mengambil cuti untuk menenangkan perasaan, ada yang berikhtiar dengan cara perubatan tradisional dan ada yang menggunakan kaedah terapi. Namun, satu kaedah yang boleh dilakukan dan menguatkan jiwa dan mental adalah solat tahajjud.

Solat tahajjud adalah salah satu ibadah malam yang menambahkan kekuatan hubungan di antara hamba dan Tuhannya. Kesan dan impak soat ini adalah sangat kuat.

‘Sebenarnya, solat dan ibadah malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.’ (Al-Muzammil ayat 1-6)

Sumber penyelesaian seperti ini lebih kekal lama dan tidak perlukan kos yang banyak. Dua perkara yang penting ialah keazaman dan kesungguhan untuk memohon bantuan Allah dalam menyelesaikan semua masalah. Memohon kepada Allah adalah fitrah manusia yang mengharapkan bantuan dan ia adalah tindakan semula jadi semua orang beragama.

‘Kepercayaan kepada Tuhan adalah satu tenaga yang menghidupkan manusia dan mengingkarinya bererti kehancuran.’ William James.
Post a Comment