Dalam satu sesi latihan kepimpinan, seorang rakan telah mencabar saya untuk menjatuhkan badan dan menahan badan menggunakan kedua-dua lengan. Saya enggan menerima cabarannya kerana takut kedua-dua tangan saya akan patah dan cedera. Beberapa kali beliau cuba memujuk saya untuk melakukan aksi tersebut tetapi saya enggan.
Saya tahu rakan saya ini memang biasa dengan aktiviti lasak seperti ini. Bagi meyakinkan saya untuk cuba lakukan seperti yang diminta, rakan saya menjatuhkan badannya ke tanah dan menggunakan kedua-dua lengan untuk menampan berat badan. Memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Teruja dengan keupayaannya, saya cuba melakukan aksi yang sama.
Kisah ini sangat ringkas tetapi pengajarannya sangat besar. Sesiapa sahaja yang bercita-cita hendak meraih kejayaan, dia mesti percaya kepada orang lain. Kepercayaan akan semakin kuat apabila kita diberi tunjuk ajar dan panduan. Namun meletakkan kepercayaan perlulah sesuai pada orangnya supaya kita tidak ditipu atau dikhianati.
No comments:
Post a Comment