Kebiasaan atau tabiat yang sudah lama diamalkan sukar hendak diubah.Tabiat yang telah 30 tahun diamalkan telah menjadi darah daging dan sukar hendak diubah dalam masa sehari. Jadi, ramai yang beranggapan biarlah dalam keadaan begitu kerana sudah biasa.
Banyak harapan, keinginan dan cita-cita yang baik, yang lebih produktif gagal dicapai kerana terlalu sukar hendak berenggang dengan budaya lama ini.
Satu sebab mengapa kebanyakan daripada kita mengambil sikap menolak perubahan kerana gagal menerima hakikat bahawa perubahan yang akan dibuat akan memberi kesan positif kepada diri. Berubah bererti keluar dari zon selesa, menghadapi suasana baru, berhadapan dengan cabaran baru dan boleh menggugat ‘status quo’ sedia ada. Contohnya, seorang pengemis atau peminta sedekah enggan bekerja kerana merasakan meminta sedekah lebih mudah malahan sudah biasa dengan pekerjaan tersebut.
Kebiasaan yang buruk tidak memberi banyak manfaat dalam jangka masa panjang. Keselesaan berada dalam zon selesa tidak membantu perkembangan jati diri yang cemerlang dan berjaya.
No comments:
Post a Comment