Sebelum melakukan perubahan kepada diri, keluarga atau di mana-mana sahaja, dua kenyataan yang dihadapi ialah: 1) situasi yangdihadapi ketika ini, 2) situasi yang diimpikan.
Seseorang pernah berkata, ‘Apa pun yang dapat dan ingin dilakukan, mulailah sekarang.’ Tentunya perubahan ini dilakukan dengan berhati-hati, berdasarkan perancangan dan langkah demi langkah.
Sebelum bergerak ke arah destinasi, kita mesti tahu bagaimana kedudukan terkini keupayaan dan arah tuju. Maknanya, kita kena ada peta jalan supaya perjalanan tersebut tidak tersasar. Peta jalan jika diterjemahkan dalam kehidupan, kita jadikannya sebagai ‘peta kehidupan’ supaya kita faham ke mana hendak pergi, bagaimana laluannya dan apakah keperluan-keperluan yang patut ada. Semakin tinggi dan mendalam kefahaman kita, semakin bersemangat kita hendak bertindak.
Perubahan bukannya perlu dilakukan dengan terburu-buru tetapi perlukan perancangan, kerja keras dan keinginan untuk berjaya yang membuak-buak.
No comments:
Post a Comment