Tahun: September 2006 (cetakan ke-39)
Penerbit: Seashell Publishers, Queensland, Australia.
Muka Surat: 144
Andrew Matthews adalah seorang artis dan penceramah yang terkenal di Australia. Tiga buah buku beliau, Being Happy!, Being A Happy Teen dan Happiness Now telah terjual lebih sejuta naskah dalam 33 jenis bahasa di 60 buah negara. Keistimewaan Andrew ialah melukis kartun sambil berceramah.
Muka surat buku ini dihiasi dengan lukisan kartun yang membantu pembaca mengingat sesuatu maklumat.
Ikut Hati Anda ada sepuluh konsep yang mudah iaitu;
1. | Kita di sini untuk belajar dan dunia ini guru kita. |
2. | Alam ini tidak pilih kasih. |
3. | Hidup anda tepat mencerminkan kepercayaan anda. |
4. | Apabila anda terlalu mengharap barang, orang, wang ... sudah tentu berpadah. |
5. | Apa yang anda beri tumpuan akan berkembang. |
6. | Ikut hati anda! |
7. | Tuhan tidak akan berkata, ‘Sekarang kamu diizinkan untuk berjaya!’ |
8. | Kalau anda melawan hidup, hidup sentiasa menang. |
9. | Bagaimana cara sayangkan orang? Terima mereka seada-adanya. |
10. | Misi kita dalam hidup bukan untuk mengubah dunia- misi kita adalah untuk mengubah diri sendiri. |
Banyak nilai murni dan nasihat praktikal yang Andrew ingin kongsi dengan pembaca. Salah satunya ialah berkenaan dengan konsep memberi. Bagi beliau, rahsia mmmberi ialah memberi tanpa mahukan balasan. Katanya, kalau anda mahukan sesuatu, berikannya kepada orang lain.
Maksudnya begini.
Apabila seorang petani mahukan lebih banyak benih, dia memberikan benih yang ada padanya kepada tanah. Apabila kita mahukan senyuman, kita berikan senyuman. Apabila kita mahukan kasih sayang, kita berikan kasih sayang. Apabila kita menampar pipi orang lain, bersedialah, pipi kita juga akan kena tampar.
Memiliki sebuah buku ini adalah keputusan yang tepat kerana ia bakal mengubah pemikiran dan sikap anda terhadap hidup.

No comments:
Post a Comment