Penulis: Andi BastoniPenerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd
Muka Surat: 130 Ia cuba mengusung teladan yang sarat daripada dua khalifah agung yang pernah dilahirkan dan dihadiahkan oleh tamadun Islam. Jika orang boleh membedah dan mengungkit kegemilangan personaliti Abraham Lincoln ataupun Winston Churcill ribuan kali justeru mengkagumi kemuliaan karektor mereka, apakah menyalahi protokol ataupun mengingkari sejarah sejarah jika kita menyatakan hak kita untuk lebih berbangga dengan dua tokoh wali bertaraf khalifah yang tentunya lebih unggul, bahkan jauh lebih mulia daripada kedua-dua manusia pemimpin yang ditonjolkan oleh Barat itu. Kiranya timbullah (katakan) syak akan kecemerlangan sahsiah, akhlak dan akal budi kedua-dua tokoh alternatif yang kita tampilkan ini, maka buku ini akan mampu menjadi carta semak.
Pada kami, kedua-dua Umar adalah sosok pemimpin yang sungguh-sungguh mendahului kepentingan rakyatnya daripada mengurus kepentingan peribadinya.
Mari kita renungi kata-kata salah seorang daripada kedua-dua Umar ini berbunyi, “Jika rakyatku kelaparan, aku ingin orang pertama yang merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya.”
Jika perlu ada kekaguman terhadap mana-mana manusia yang bernama Umar di sepanjang sejarah ketamadunan, maka hanya terdapat dua sahaja nama besar iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz. Dan, inilah buku yang akan menjadi persaksiannya.
Ulasan Tokoh
"Dua Umar ini adalah pemimpin yang mula-mula melaksanakan kepimpinan Negara Berkebajikan. Mereka mengajar rakyat bagaimana hidup dalam berkat kemiskinan atau kaya dalam petunjuk dan cahaya."
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
"Penulisan sejarah sahabat atau tokoh Muslim, boleh menjadi rujukan kepada masyarakat. Bahawa, mereka memimpin dengan penuh keteladanan dan peribadi yang mempersona didasari al-Quran dan as-Sunnah. Semoga buku ini mampu meluruskan distorsi sejarah Islam dan tokoh-tokohnya."
- Ahmad Mansur Suryanegara, Sejarawan Muslim Indonesia
"Saya ingin mencontohi Khalifah Umaiyah, Khalifah Umar Abdul Aziz dalam gerak kerja saya."
- Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment