Thursday, March 27, 2008

Kereta sewa di IPT






Anda ada kereta? Idea mudah untuk memulakan bisnes kereta dan anda mampu goyang kaki membayar sewa bulanan dan mendapat untung.

Di mana tempat paling mudah untuk anda mendapat pelanggan bagi bisnes ini? Institusi pengajian tinggi awam atau swasta adalah tempat yang terbaik. Di situ bilangan pelanggan anda sangat ramai.

Daripada bilangan pelajar 5,000 hingga 10,000 orang, anda sudah boleh agak berapa ramai daripada mereka yang akan mencari kereta untuk pergi berkelah, rombongan pelajar berkumpulan atau bersiar-siar di tepi pantai?

Anda hanya perlu menampal iklan yang memaklumkan perkhidmatan anda yang diletakkan di kawasan kediaman, tempat iklan khas seperti di 7 Eleven ataupun bertanya kepada pelajar-pelajar antarabangsa. Mereka ini biasanya banyak wang dan anda bolehlah berunding untuk menawarkan kereta anda.

Harga sewa tidak boleh terlalu tinggi kerana persaingannya sangat sengit. Anggaran harga boleh dibuat dalam bentuk sewa harian, mingguan atau bulanan. Sewa sebuah kereta Kancil sehari lebih kurang RM40, Iswara RM50 dan Wira RM70.

Jika anda ada banyak kereta dan jarang menggunakanya tetapi perlu menjelaskan bayaran ansuran bulanan, bisnes kereta sewa boleh menjadi salah satu pilihan untuk memulakan bisnes besar anda. Dengan RM40 sehari, anda menjana RM280 seminggu, RM1200 sebulan. Adakah jumlah ini tidak mencukupi untuk menambah ketebalan dompet wang anda?

1 comment:

  1. Eh boleh ke macam tu?? Insurans macam mana pula? Mesti ada prosedur..

    ReplyDelete