Friday, March 28, 2008

Komik Jerman vs pelampau muslim








Sebuah negeri di Jerman, North RhineWestphalia (NRW) menggunakan novel sebagai alat untuk mencegah kanak-kanak muslim daripada terpengaruh dengan puak pelampau dan keganasan: komik kartun.
 
"Kami belajar daripada penentang kami," kata Hartwig Moeller, ketua jabatan yang mengumpul maklumat di Kementerian Dalam Negeri NRW.

Pegawai-pegawai di NRW, antara negeri terkenal di Jerman, telah menggunakan komik Andi iaitu watak pelajar sekolah sebagai hero yang bangun menentang xenofobia dan keganasan etnik.

Berdasarkan pengalaman, mereka melancarkan Andi pada Oktober lepas dengan mengenengahkan rakan perempuan muslim, Aishe dan adiknya, Murat yang terpengaruh dengan rakan-rakan yang radikal dan membenci pendakwah.

Sebanyak 100,000 naskah komik itu yang menampilkan ciri-ciri Manga telah diedarkan ke setiap sekolah menengah dan digunakan sebagai pelajaran kenegaraan dan keagamaan untuk kanak-kanak sekolah yang berumur 12 hinga 16 tahun.

"Peringkat umur inilah di mana pelampau Islam cuba menyerapkan anak-anak muda dengan nilai-nilai yang berbeza. Mereka menggunakan sekolah agama," kata Moeller.

Penerbitan komik ini bertujuan menunjukkan generasi muda tentang perbezaan Islam yang mahukan keamanan, toleransi dan berlainan sama sekali dengan pengganas.

"Jika saya dapat mengenali seseorang melalui cara ini dan menjadikannya lebih kritikal seterusnya seorang yang ingin berjihad, saya pasti menahannya untuk terlibat dalam serangan atau menjalani latihan di kem-kem pengganas di Pakistan atau Afghanistan," ujat Moeller.

"Barangkali dia tidak tergelincir ke dalam persekitaran ini -- itulah ideanya."

Jerman adalah tempat tinggal kepada 3.4 juta muslim iaitu negara kedua terbesar di Eropah Barat yang mempunyai bilangan muslim yang ramai. Islam adalah ketiga terbesar selepas Protestan dan Khatolik.

Strategi-strategi baru

Menggunakan medium yang dapat menarik imaginasi kanak-kanak, kerajaan negeri-negeri di Jerman mahu melihat mesej tersebut sampai dengan berkesan. " Jika anda serius tentang sesuatu terhadap orang muda, anda perlu memilih kaedah yang dapat menarik perhatian dan penerimaan mereka, jadi inilah sebabnya komik tersebut diterbitkan," kata Thomas Grumke, pegawai NRW yang mencetuskan idea Andi.

"Komik boleh memberi pengaruh yang lebih jauh daripada teks biasa. Di situ terdapat ruang yang lebih luas untuk dimanipulasi dan ditafsirkan," tambahnya lagi.

Aiman Mazyek, setiausaha kepada Majlis Pusat Muslim Jerman mengalu-alukan penerbitan komik Andi ini.

Katanya majlis melihat ia adalah pendekatan yang baik cuma agak terkilan kerana pihak penerbit tidak memaklumkannya terlebih dahulu usaha-usaha ini supaya ianya lebih bermakna.

Mazyek memaklumkan komik Andi telah diedarkan di masjid namun melihat elemen "membenci pendakwah" sebagai agak keterlaluan.

Antara negara yang berminat dengan komik ini ialah Austria, Denmark, Jepun dan Amerika Syarikat sendiri.

Inisiatif luar biasa ini adalah sebagai contoh bagaimana sebuah negara mencari pendekatan baru untuk mencegah generasi muda daripada terlibat dengan golongan pelampau. Richard Barret, yang mengetuai pasukan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang kekerasan dan inisiatif pemulihan di seluruh dunia mencadangkan penggunaan model seperti penyanyi, pelakon atau bintang sukan yang boleh memainkan peranan penting.

"Saya fikir sesuatu mesti dilaksanakan - seperti cuba mengenal pasti pengaruh-pengaruh lain yang ada dan biarkan mereka berhadapan dengan keganasan," ujarnya ketika satu sesi konferens di Stockholm.


Pakar keganasan Swedish Magnus Ranstorp memberi contoh Ahmad Dhani, bintang rock Indonesia yang mencabar ideologi militan melalui album "Warriors of Love."

Dia mencadangkan agar Barat menggunakan pendekatan jenaka, lipur lara dan industri hubungan awam dalam usaha "melucutkan senjata pelampau" yang mempengaruhi generasi muda ini.

[Islam Online]

No comments:

Post a Comment