Wednesday, March 05, 2008

Bisnes "Online"






Di mana-mana sahaja hari ini, capaian kepada Internet sangat mudah kerana kemudahannya disediakan di merata tempat. Malahan perkhidmatan sambungan tanpa wayar (wireless) memberi banyak kemudahan kepada orang ramai untuk memeriksa e-mail dan melayari laman web untuk faedah mereka.

"Online business" atau bisnes dalam talian mencipta banyak peluang perniagaan terutama dalam era sekarang. Jika kita mengklik "online business", berpuluh-puluh laman web yang menawarkan pelbagai produk muncul di skrin komputer.

Antara bisnes jenis ini yang boleh dimulakan di bawah RM2,000 ialah jual domain yang menarik, perunding jualan produk di e-Bay, perunding e-commerce bagi membantu orang ramai mengembangkan bisnes mereka, perunding maklumat Internet iaitu kemahiran mencari maklumat untuk kajian dan penyelidikan, borang kontrak pelbagai agensi kerajaan dan kedai "online" untuk menjual barang kitar semula, direktori dan reka laman web.

Anda tidak perlu menyediakan modal yang besar untuk memulakan bisnes "online" kerana kemahiran lebih penting.

Harga komputer dan alat-alat komunikasi juga semakin murah dan berkualiti, tambahan pula pasaran untuk bisnes "online" sangat luas. Setiap hari ada sahaja usahawan yang akan melancarkan laman web bisnes mereka.

Maknanya usahawan tidak dapat lari daripada menggunakan Internet untuk mencari pelanggan dan membuat promosi produk mereka. Jabatan kerajaan juga menggunakan Internet untuk menyampaikan maklumat, menyediakan borang dan memaklumkan polisi-polisi baru.

No comments:

Post a Comment