Wednesday, March 12, 2008

Instruktor kursus pembangunan diri pelajar







Kem Remaja Cemerlang, Kem Remaja Kreatif atau Kem Smart Solat adalah beberapa kursus pembangunan diri yang melibatkan pelajar dan remaja. Kursus-kursus ini sering dianjurkan oleh pelbagai agensi sama ada di sektor kerajaan, swasta atau orang perseorangan. Tempat kursus juga menarik.

Contohnya Kem Remaja Kreatif, ia diadakan dengan tujuan memberi pendedahan cara gaya hidup yang cemerlang, membina ketahanan mental, mendisiplin diri dan pada masa yang sama melahirkan peserta yang berakhlak mulia. Kursus seperti ini boleh diadakan selama sehari, dua atau tiga hari mengikut keperluan.

Kandungan program boleh dipelbagaikan seperti ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan aktiviti luar kelas berkumpulan. Tajuk ceramah motivasi yang sesuai ialah mengapa tidak cemerlang, 7 sikap orang cemerlang dan menjadi anak soleh. Manakala bagi topik untuk latihan dalam kumpulan, sebagai instruktor, anda boleh menguji kemampuan peserta mengeluarkan idea sendiri daripada topik-topik yang dipilih. Dengan cara ini peserta akan berfikir dan tidak bergantung kepada instruktor semata-mata.

Kursus-kursus seperti ini membantu remaja mencetuskan keazaman dan menyemarakkan daya juang mereka untuk berjaya dalam hidup khususnya pendidikan. Output daripada kursus dapat menjadikan daya juang remaja lebih kuat dan memberi panduan kepada mereka untuk menempuh cabaran dalam hidup.

Sebagai instruktor, pengalaman anda melalui susah-payah kejayaan boleh dikongsi bersama peserta. Interaksi seperti ini membantu keyakinan dan keberanian remaja sekali gus menjadi aset berharga untuk negara pada masa depan.

Berapa banyak anda dibayar? RM300 hingga RM600 sehari bergantung kepada kursus.


 

No comments:

Post a Comment