Tidak sampai 24 jam selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu memulaukan istiadat perlantikan Menteri Besar Perak yang baru, Mohammad Nizar Jamaluddin, Lim Kit Siang hari ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas tingkah laku berkenaan.
Tindakan beliau dilihat dan difikirkan sebagai sangat tidak menghormati Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan hanya mementingkan parti dan kaum Cina sendiri sedangkan Perak yang mempunyai institusi kesultanan yang sangat istimewa.
Siapa yang bersalah dengan tindakan ini yang mana bagi sesetengah orang dilihat sebagai tindakan biadap. Tidak menghormati Raja Melayu bererti penghinaan ke atas seluruh bangsa Melayu yang menjunjung kedaulatan agama dan bangsa.
Siapakah Lim Kit Siang yang ingin benar menunjukkan sikap keras kepala dan angkuh dengan kemenangan dalam pilihan raya yang baru lalu? Adakah beliau teringin sangat membangkitkan kemurkaan Sultan Perak dan menentang institusi raja di Perak?
Kenyataan menentang perilaku Lim Kit Siang hanya disuarakan secara terbuka oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyifatkan sebagai sungguh biadap dan kurang ajar.
Kenapa hal ini berlaku?
Besar kemungkinan Lim Kit Siang tidak faham dengan apa yang dimaksudkan sebagai "rakyat yang tidak setia kepada raja." Justeru, siapa yang bertanggungjawab mendidik beliau untuk setia dan menghormati saja? Siapakah yang akan membisikkan ke telinga Lim Kit Siang untuk menjaga tingkah laku yang sesuai apabila berurusan dengan raja?
Kalau zaman dulu, seorang rakyat yang tidak setia biasanya akan dihukum buang negeri dan jika melibatkan pemberontakan, akan dihukum mati.
No comments:
Post a Comment