Monday, March 17, 2008

Bahaya dan bencana hutang







Penulis: Sakinah Ramli
Penerbit: Darul Nu'man, Kuala Lumpur
Muka Surat: 128

Berhutang dan memberi hutang bukanlah sesuatu yang asing pada diri manusia. Ini adalah salah satu cara untuk membantu jiwa yang kekurangan serta kesempitan. Adalakalanya ia meringankan beban, namun kadangkala ia juga boleh menekan dan menjadikan pelakunya tidak keruan.

Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang kecuali di dalam situasi yang amat memerlukan. Ini untuk mengelakkan masyarakat dari tabiat manja yang mungkin akan membinasakan peribadi serta organisasi.

Berapa ramai yang menggadai maruah dan harga diri, lantaran hutang serta pinjaman yang gagal dilunasi.

Semoga buku ini dapat memberi panduan kepada kita dalam masalah hutang piutang, seterusnya menjadikan kita lebih bijak merancang agar keindahan dan kebijaksanaan Islam terus mekar dan menjadi impian semua manusia, insya Allah.
Post a Comment