Sunday, March 23, 2008

Iraq: permulaan huru-hara dan pertumpahan darah






Amerika Syarikat yang memimpin perang ke atas Iraq bagi menjatuhkan presiden tersohor, Saddam Hussein telah masuk tahun keenam pada Mac 2008. Peperangan ini meragut beribu-ribu nyawa dan rakyat Iraq masih bergelut dengan keadaan tidak menentu di sebalik pertumpahan darah yang berlaku setiap hari.

Peperangan bermula apabila presiden Bush melancarkan "Operasi Membebaskan Iraq" pada 11.30 malam, 19 Mac 2003 di Amerika Syarikat bersamaan 5.30 pagi , 20 Mac 2003 di Baghdad. Ketika itu jet-jet pejuang Amerika Syarikat menjatuhkan bom pemusnah yang pertama di kota Baghdad. Dalam masa tiga minggu, tentera penakluk "memperkosa" Iraq dan meninggalkan rakyat Iraq yang marah dan memberontak.

Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki berkata penaklukan yang menamatkan era pemerintahan Saddam hussein membawa perubahan yang "menjadikan Iraq lebih liberal dalam semua bidang."

"Kebebasan bersuara hidup subur di Iraq. Kerajaan tidak lagi mengawal cerdik-pandai dan rantai yang ingin menjatuhkan mereka," katanya dalam satu majlis di Hilla.

"Hari ini mereka menikmati demokrasi selepas menderita di bawah pemerintahan yang zalim dan melayan rakyat seperti orang terbuang."

Lima tahun lalu, rakyat iraq, tentera Amerika Syarikat dan bersekutu diserang setiap hari dan pertempuran di antara puak sunnah dan syiah tidak pernah kendur.

Peperangan Iraq telah membunuh rakyat awam iraq. Di antara Mac 2003 hingga Jun 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 104,000 hingga 223,000 orang telah terbunuh.

Lebih daripada 4,000 nyawa tentera Amerika Syarikat dan bersekutu melayang. Kematian ini adalah kedua tertinggi selepas peperangan di Vietnam.

Pakar perang Iraq, Joost Hiltermann menyifatkan pperangan berkenaan mewujudkan bencana tanpa had dan mengganggu kestabilan dalam Iraq sendiri dan Timur Tengah.

"Saya berharap Amerika Syarikat mencari pendekatan untuk mengemudi kacau-bilau di Iraq tanpa membenarkan negara itu berpecah."

Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush mempertahankan peperangan tersebut biarpun kos membiayai perang telah melepasi US$400 bilion.

"Hasilnya amat jelas kepada saya: menyingkirkan Saddam daripada tampuk kekuasaan adalah pilihan yang tepat dan peperangan ini mesti dimenangi oleh Amerika."

No comments:

Post a Comment