Sunday, November 11, 2007

Asas penyelidikan kualitatif

Penyelidikan kualitatif adalah satu konsep yang menaungi beberapa jenis penyelidikan bagi memahami dan menerangkan fenomena sosial dengan cara pemecahan kepada susunan topik tertentu. Kaedah ini juga dikenali dengan nama yang berbeza seperti kajian semula jadi, kajian interpretasi, kajian lapangan, pemerhatian ke atas bahan kajian, kajian induktif, kajian kes dan etnografi.

Salah satu daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami bagaimana manusia memenuhi keperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi. Justeru, penggunaan istilah atau frasa sangat jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif. Salah satu perbezaan tersebut ialah sampel atau responden kajian.

Bilangan responden yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding kuantitatif. Penyelidik kuantitatif sering merasa ragu-ragu mengenai bilangan responden yang kecil ini. Hakikatnya ialah bilangan sampel yang kecil ini sudah cukup untuk menjelaskan fenomena yang dikaji. Kefahaman sesuatu fenomena adalah dari perspektif bahan yang dikaji, bukannya penyelidik. Walau bagaimanapun penyelidik adalah instrumen utama bagi pengumpulan data dan analisis.

Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikaji. Cara ini dapat mengekalkan hubungan yang berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut. Ketika temu bual dilakukan, penyelidik akan melibatkan diri dengan cara yang tidak mengganggu proses yang hendak dikaji. Lagi pun soalan yang hendak ditanya adalah mendalam supaya subjek dapat menceritakan pengalaman, keprihatinan atau pandangan terhadap isu yang dikaji.

Secara umum, penyelidikan kualitatif adalah langkah untuk memahami sesuatu situasi berdasarkan konteks dan interaksi yang unik. Ia bukannya satu cubaan untuk meramalkan masa depan sebaliknya memahami keadaan apa yang berlaku dan akan berlaku selepas itu.


[Kritik ke atas penyelidikan kualitatif 1 & 2]

5 comments:

  1. Salam,

    saya sangat menyukai pendekatan kualitatif berbanding kuantitatif..b'coz it can increase my depth of understanding of the phenomenon under investigation, especially when the phenomenon has not been investigated previously.

    Qualitative research nampak mudah untuk di conduct , but projects must be carefully designed to ensure that they focus on key issues.

    ReplyDelete
  2. saya mempunyai soalan yang berbunyi:Bagaimanakah sebenarnya hubungan antara saintis sosial dan media di Malaysia?

    ReplyDelete
  3. layari: http://www.uweb.ucsb.edu/~ker/karyn2.htm

    ReplyDelete
  4. sy sngt menyukai kualitatif research ni...sebab sy terlibat n boleh melihat sendiri peristiwa yang berlaku...ini menambahkan lg pngetahuan saya sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tnggi awam...ramai student yng x endah dngn research ini tp sy amat menyukainya...thop

    ReplyDelete

  5. thanks for sharing, that really helps!

    Hanya Allah SWT jua yang mampu memberikan ganjaran atas perkongsian ilmunya. Amin

    Regards,
    Farah
    postgrad IPTA

    ReplyDelete