Monday, October 29, 2007

Kenegaraan Malaysia: Sejarah awal, kemerdekaan dan pembentukan Malaysia





Penulis: Nazarudin Mohd. Jali dan rakan-rakan
Tahun: 1996
Penerbit: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 101

Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan dalam siri kenegaraan Malaysia yang menyoroti beberapa aspek penting sejarah awal Tanah Melayu dan perjuangan mencapai kemerdekaan.

Penekanan perbincangan dan juga sebagai tema pokok buku ini tertumpu kepada soal semangat kerjasama kaum, kegigihan perjuangan orang Melayu serta semua rakyat Malaya, pengajaran bagi rakyat daripada pengalaman penjajahan dan tentang keutuhan bangsa dan negara.

Ada beberapa fakta dan peristiwa sejarah disebut berulang kali, yakni ditimbulkan di dalam beberapa tajuk yang berlainan. Ini dilakukan bagi menarik perhatian kepada peri pentingnya peristiwa itu dalam sejarah tanah air, dan bagi membincangkan implikasi yang berkaitan.

Tajuk "Pembentukan Malaysia" sengaja dihurai panjang lebar di bawah beberapa tajuk kecil untuk memberikan gambaran yang lengkap tentang bagaimana pembentukan Malaysia juga satu perjuangan besar yang penuh peristiwa dalam sejarah politik negara. Kemerdekaan dan pembentukan Malaysia sesunguhnya dua peristiwa besar yang merubah struktur politik dan pemerintahan yang membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Buku ini sesuai untuk kegunaan ulangkaji dan juga rujukan segera mengenai perubahan dan peristiwa penting dalam sejarah tanah air, daripada masa awal penjajahan hingga kepada pencapaian negara kini.

 
 
 
Post a Comment