Paya Mengkuang tiba-tiba menjadi perhatian seluruh negara kerana penternakan babi. Paya Mengkuang lebih dikenali daripada Man Lok, Bukit Beruang dan Londang. Hari-hari yang dilalui oleh penduduk Paya Mengkuang sejak lima dekad yang lalu sungguh menyesakkan kerana bau babi di merata tempat, sungai dan persekitaran.
Pencemaran udara dan air di Paya Mengkuang membantutkan usaha penduduk untuk menikmati udara yang nyaman dan bermain-main dengan air jernih sungai yang melata di situ. Semuanya kini tinggal kenangan sejak penternak babi menguasai habitat Paya Mengkuang. Penternak babi di sana tidak ada telinga untuk mendengar dan tidak ada hati untuk merasa penderitaan orang lain. Penternak babi Paya Mengkuang sangat degil. Arahan demi arahan, perbincangan demi perbincangan tidak ada banyak kemajuan. Marahnya penduduk Paya Mengkuang menghidu bau-bauan babi yang bermain lumpur tidak mahu didengari oleh penternak babi ini malah disamannya kerajaan negeri Melaka.
Isu babi di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan selesai apabila "virus Nipah" menyiat dan menyentak keangkuhan penternak babi di situ. Bala Tuhan tidak mengenal siapa; babi, penternak babi, keluarga penternak babi atau penduduk kampung seantero Bukit Pelanduk. Apabila ada kematian dan mendapat penyakit misteri, barulah penternak babi kecut perut lalu diberinya kepala babi untuk ditembak.
Kini Paya Mengkuang ingin mengulangi sejarah Bukit Pelanduk. Doa penduduk Paya Mengkuang sangat mujarab kerana mereka teraniaya dengan kerakusan penternak babi mencari wang. Ke mana babi yang banyak ekor itu dipasarkan? Apa kaitannya dengan ingkar arahan pihak berkuasa dan mainan politik?
Penternak babi Paya Mengkuang sangat tidak peduli kegelisahan anak-anak yang sedang membesar, orang yang mengerjakan ibadah dengan selesa, sanak-saudara yang datang berziarah dan perhatian yang melampau orang ramai ke atas Paya Mengkuang. Diamnya masyarakat bukan bererti mereka bersetuju dan menerima keangkuhan penternak babi tetapi diam untuk merancang. Kemarahan mereka akan meletus jika bilangan babi makin bertambah dan penternak babi terus angkuh.
Penternak babi tidak menghormati arahan kerajaan negeri Melaka malah memperleceh usaha Ketua Menteri yang masih mahu berunding dan memberi masa. Penternak babi ini hanya akur dengan arahan Timbalan Perdana Menteri kerana pada mereka, Ketua Menteri Melaka tidak setaraf untuk berbincang.
Babi Paya Mengkuang menarik minat pengkaji kerana berbagai-bagai tema yang boleh dibuat pemerhatian seperti pengaruh kuasa yang lemah, penduduk yang tidak dapat bersuara, mengurus konflik, politik kaum, helah bela diri, pendidikan komuniti dan kepimpinan berkesan. Masyarakat Paya Mengkuang tentu sudah bosan dengan penyelesaian yang tidak kunjung tiba, bertambah resah dan pasti membuat andaian-andaian yang pelbagai.
HAH, KAMU MEMANG SEORANG YANG TERUK DAN 'RACIST'. HANYA KERANA AGAMA KAMU TIDAK MEMBENARKAN KAMU MAKAN BABI, KAMU KUTUK HAIWAN ITU (YANG JUGA DICIPTA OLEH TUHAN KAMU - TUHAN SEMUA ORANG JUGA KERANA TUHAN ADALAH SATU!) LEPAS TU KAMU KUTUK ORANG YANG MENTERNAK BABI, MAKAN BABI DAN KELUARGA ORANG YANG MENTERNAK BABI- UNTUK PENGETAHUA KAMU MEREKA JUGA DICIPTA OLEH TUHAN YANG SAMA.
ReplyDeleteKAMU KUTUK ORANG YANG MENTERNAK DAN MAKAN BAB, KALAU MACAM ITU, ORANG YANG MAKAN LEMBU PUN HARUS DIKUTUK! MACAMLAH SEMUA ORANG MELAYU YANG MEMBLA ATAU MENTERNAK LEMBU TU DENGAN SANGAT BERSIH? SUDAHLAH JANGAN PERASAN LAH. KALAU NAK KATA, KAMI PUN BOLEH KATA, ORANG YANG MAKAN LEMBU, JALAN MACAM LEMBU-LEMBAB, BUAT KRJA PUN MACAM LEMBU, LEMBAP!!! NAK KATA ORANG YANG TERNAK/MAKAN BABI TIDAH BERHATI PERUT, TIDAK BERTELINGA? KALAU MACAM ITU BAGAIMANA PULA DENGAN NASIB BERI-RIBU PELAJAR BUKAN MELAYU DI IPTA,DAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI NEGARA INI YANG SERING TERPAKSA MENGAMBIL MAKANAN MEREKA YANG TERLETAK DISEBELAH LUK DAGING LEMBU? DIMANAKAH KEPRIHATINAN DAN TOLERANSI KAUM MELAYU YANG MAJORITI DI NEGARA INI TERHADAP PERASAAN DAN KEBUDAYAAN SERTA AGAMA KAUM LAIN DI NEGARA INI? SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA BANGSA TAHU BAHAWA 'ORANG MELAYU TIDAK BOLEH MAKAN BABI!". TETAPI RAMAI ORANG MELAYU TIDAK TAHU ATAU BERPURA-PURA TIDAK TAHU BAHAWA 'ORANG BERAGAMA BUDDHA DAN HINDU TIDAK BOLEH MAKAN LEMBU!!!'
HIPOKRIT!
sebusuk-busuk lembu memang x busuk mcm babi. peternakan ayam pun bw bau busuk, bagaimanpun para penternak x kiralah ternak apa gunalah kemahiran teknologi supaya kebersihan terjaga dan sisa x mencemarkan. Tahi lembu belum pernah lagi mencemarkan sungai macam tahi babi.... Penyakit kuku dan mulut pun x sedashyat sebagaimana virus H1N1 membunuh begitu ramai orang. Antara lembu, ayam dan babi ikut kajian pun memang babi mengandungi virus bahaya. lembu dengan ayam x de pun racun macam tu.
ReplyDeletewalaupun saudara bukan orang Islam pernahkah saudara fikir kenapa Islam benarkan makan hampir semua benda tetapi babi haram? Dan bukanlah kerana menyembahnya diharamkan makan seperti lembu dalam agama Hindu. Jika anda berminat untuk cuba menyelami bersama2, cubalah baca:
http://www.sharing2alll.co.cc/2010/04/pada-tahun-1918-virus-influenza-telah.html
http://www.mail-archive.com/saljukasihnya@yahoogroups.com/msg00232.html
http://ustazmuda.blogspot.com/2006/08/beberapa-kajian-tentang-babi.html
semoga kita dapt hidup bersam dalam suasana harmoni di bumi bertuah ini,