Wednesday, October 10, 2007

Rahsia seorang ibu yang berjaya

Di sebalik seorang lelaki yang berjaya, terletak seorang wanita yang berjaya. Begitu juga dengan kanak-kanak. Kam Su Sze yang berumur 7 tahun, disokong oleh ibunya, Kim Tho, telah mencapai sesuatu di mana sesetengah orang dewasa tidak dapat mencapai sepanjang hidup mereka. [1]

Ketika beliau berumur empat tahun, Su Sze telah meraih lebih banyak sumbangan untuk mangsa-mangsa Tsunami di Perairan Lautan India pada tahun 2004 berbanding dengan beberapa badan organisasi kebajikan. Dengan pertolongan daripada ibunya, beliau telah menukarkan lukisan-lukisan beliau kepada poskad-poskad dan telah berjaya mengumpul lebih daripada RM30,000 (US$8,800) untuk program perlindungan kanak-kanak UNICEF Malaysia.

Sedang kebanyakan kanak-kanak perempuan lain yang mempunyai umur sama dengan beliau sibuk menikmati rancangan-rancangan yang disajikan oleh Disney, Su Sze mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di dalam dunia ini, seperti yang telah beliau lihat di dalam berita.

Beliau akan berkata,“Saya akan memberikan makanan di dalam peti sejuk kepada kanak-kanak yang telah menjadi mangsa tsunami.” Atau “Saya akan membawa kesemua barang-barang mainan saya untuk berkongsi dengan kanak-kanak tersebut.” Atau “Saya ingin membina rumah-rumah untuk mereka lain kali.” Daripada ini, Kim dapat memahami bahawa anaknya amat serius tentang membuat sesuatu untuk membantu.

Kim tahu hanya dengan mengeluarkan kesemua wang simpanan sememangnya tidak mencukupi, oleh itu idea untuk membuat poskad-poskad telah muncul. Poskad-poskad tersebut yang pada asalnya daripada kelas-kelas seni Su Sze, ditambah dengan dengan cerita-cerita pendek yang telah direka oleh Su Sze sendiri.

Pendidikan merupakan kunci utama

Keinginan Su Sze untuk membantu orang lain bukan hanya kerana ia sudah menjadi naluri beliau tetapi ia juga telah dipengaruhi oleh pendidikan yang telah diberikan oleh ibu beliau semenjak beliau masih bayi lagi. Kim percaya ia mestilah bermula semasa kecil lagi dan beliau telah mula merangsang perkembangan fizikal dan mental Su Sze semenjak dia berusia 20 bulan.

Kim juga percaya bahawa lapan tahun pertama seorang kanak-kanak merupakan detik-detik yang amat penting untuk menentukan bagaimanakah anak itu akan berjaya apabila dewasa kelak. Melaburkan masa, usaha serta penjagaan ketika peringkat awal bukan sahaja mengukuhkan hubungan di antara ibu dan anak, malahan ia juga dapat membimbing ke arah asas pembentukan seorang individu yang sejahtera dan cemerlang di masa hadapan.

Sekiranya anda pernah rasa sangsi samada keibubapaan merupakan suatu profesion, penerangan Kim yang tenang, dan juga petah akan menyangkal kesemuanya. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seronok di lakukan di rumah setiap hari.

Walaupun sesi sebenar hanya mengambil masa 30 minit, tetapi masa untuk persediaan mungkin mengambil masa berjam-jam. Kim menyediakan kad-kad imbasan, peralatan serta kelengkapan mengajar untuk permainan memori. Kim juga berjaya menjadikan waktu bermain sebagai sesuatu yang boleh mencabar serta merangsang perkembangan mental Su Sze.

Dalam erti kata lain, ianya terdapat kemahiran untuk kesemua ini, menjadikan keibuan bukan sahaja sebuah peringkat dalam hidup tetapi juga kerjaya yang memerlukan kerelaan anda sendiri untuk bersedia menghadapinya.

Penglibatan ibu

Tidak menghairankan, Su Sze telah mula membaca sejak beliau berumur dua tahun lagi. “Buku kegemaran saya adalah ‘Magic Tree House’ oleh Mary Pope Osbourne!” kata beliau dengan petuh petah dan semangat seperti seseorang yang berumur dua kali ganda daripadanya. Beliau juga bercerita, melukis dan dapat mendeklamasi lima buah sajak.

Hobi utama beliau termasuklah “kerja rumah,” mungkin disebabkan oleh minat beliau yang mendalam terhadap pembelajaran di mana ia telah dipupuk oleh ibunya. Jauh daripada meja beliau, gadis kecil tersebut pergi mengikuti kelas tarian ‘tap’, drama, muzik dan juga memanjat dinding (wall-climbing) di sekolah. Beliau mula berenang pada usia dua tahun dan telah dipaparkan di dalam buku Malaysian Book of Records di bawah ‘Renangan Jarak Terjauh oleh seorang Bayi’ untuk renangan sejauh lima puluh meter, cara merangkak seperti bayi.

Namun begitu, tambah Kim, ia bukan sahaja setakat menghantar anak-anak ke kelas. “Apabila anda membuat sesuatu dengan mereka, mereka akan maju dengan lebih cepat,” kata beliau. “Dan ia sememangnya lain apabila ia dilakukan bersama-sama di rumah secara berterusan.”

Sebagai contohnya, apabila Su Sze menghadiri kelas berenang, Kim akan berada bersama-samanya serta memastikan agar Su Sze mengulang kembali apa sahaja yang diajar semasa waktu kelas, di dalam kolam renang yang dimiliki di rumah mereka. Keadaan yang sama juga berlaku untuk belajar bagaimana untuk berfikir dan membaca serta berkomunikasi dengan orang lain.

Ibu dan bapa merupakan mereka yang mempunyai pengaruh yang pertama dan terutama untuk seorang kanak-kanak. Dan apabila mereka selalu berada di sepanjang perkembangan anak-anak mereka ia boleh membawa kepada banyak perubahan.

Cita-cita semasa muda

“Seorang pelakon!” Su Sze berbisik dengan penuh keriangan apabila anda bertanya tentang cita-cita beliau apabila sudah dewasa. Ibunya ketawa, mengatakan bahawa cita-cita Su Sze bertukar setiap masa.

Di beberapa peringkat di dalam kehidupan Su Sze beliau ingin menjadi seorang tukang kebun, seorang angkasawan (selepas menonton filem ‘Young Einstein’), seorang arkitek (seperti bapanya) dan seorang saintis (selepas membaca tentang kitaran air di dalam sebuah buku ensiklopedia).

Berbekalkan semua pendidikan dan juga galakan yang diberikan, Su Sze boleh menjadi kesemuanya. Dan apabila ia berlaku, beliau akan dapat mencari cara untuk membuat perubahan – sekali lagi.

No comments:

Post a Comment