Sekali buat terus berjaya. Pantas, mudah dan berhasil. Adalah lebih mudah untuk menghasilkan satu kepercayaan yang kita lakukan dengan membuatnya dengan hanya sekali. Ya, hanya sekali cuba dan berjaya, itu jauh lebih mudah untuk membentuk kepercayaan yang kita akan berjaya lagi pada masa hadapan.
Ketika mengendalikan sebuah kursus berkaitan pengalaman lepas sebagai seorang usahawan, salah seorang peserta saya, Shamri, berkongsi cerita mengenai kerjanya sebagai penjual soya. Beliau telah memulakan tugas sebagai peniaga ini selepas berhenti kerja di sebuah kilang dan dengan pendapatan yang dikumpul sebelum, beberapa buah mesin dan bahan-bahan membuat minuman soya dibelinya. Bagi membantunya menyediakan soya yang segar dan berkhasiat, Shamri menggaji seorang pekerja yang berpengalaman dan mahir dalam selok-belok membuat soya ini.
Dengan jenama Syam Sosa, beliau gigih menjaja air kacang soya dan tau fu fah di sekitar Ipoh dan dari sehari ke sehari air soyanya semakin diminati. Di samping masyarakat umum, pelajar sekolah dan pekerja kontrak juga sangat berminat dengan soya Shamri. Rezekinya juga baik. Akhirnya seorang pengusaha kantin mempelawa beliau untuk berniaga di kantin kilangnya untuk bersama-sama menikmati rasa enak Syam Soya itu.
Hari ini, Shamri tidak lagi menjadi penjual soya kerana kurang mendapat galakan daripada isterinya. Lagipun beliau telah ada pekerjaan yang baru; sebagai pemandu kepada orang berpangkat besar. Setelah ditanya adakah beliau ingin berniaga kembali, dia menjawab "ya" dan akan mencari peluang jika ada.
Shamri boleh berjaya jika dia mahu dan memilih untuk berjaya. Di sinilah kita melihat kejayaan membiakkan kejayaan dalam corak dan pola yang tidak berhenti-henti.
5. Gambarkan kejayaanSeperti mana pengalaman lalu mengubah gambaran dalaman terhadap apa yang berlaku, begitu juga dengan masa hadapan. Gambaran masa hadapan akan sentiasa membuatkan seorang pemuda untuk rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar, sentiasa memberikan semangat kepada seorang peniaga meneroka pasaran luar negara dan sentiasa mengingatkan seorang tua untuk menyedari umur adalah singkat dan perlu banyak beramal dan beribadah.
Janganlah mencari kesalahan, carilah cara untuk memulihkannya - Henry Ford
No comments:
Post a Comment