Penulis : VanakkamMalaysia DotCom Sdn Bhd
Tahun : 2006
Penerbit : VanakkamMalaysia DotCom Sdn Bhd,
Kuala Lumpur
Muka surat : 172
Buku Maju Bersama Usahawan Berjaya adalah himpunan 40 orang tokoh usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang. Empat orang daripadanya adalah rakyat Malaysia iaitu Lim Goh Tong, Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Ananda Krishnan. Dimuatkan juga pengasas syarikat automatif Jepun, Toyota, yang meraih jualan tahunan US$90 bilion. Pengasas Toyota Corporation, Toyoda Eiji datang dari keluarga yang menghasilkan tekstil tetapi lebih berminat mempelajari kejuteraan di Universiti Tokyo Imperial.
Minat Toyoda bermula di situ tetapi tidak ada apa yang boleh merealisasikan impiannya kecuali semangat bapa saudaranya Sakichi Toyoda dan sepupunya, Kiichiro. Usaha mereka berhasil apabila Toyota Crown dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun 1955 setelah penyelidikan selama 22 tahun.
Kejayaan Eiji ialah mempunyai dorongan dan semangat untuk mendahului pesaing-pesaing mereka. "Keadaan yang sentiasa memikirkan kemenangan ini akan memastikan kejayaan milik kami," kata Eiji berbangga dengan pencapaian Toyota sehingga kini.
Banyak buku motivasi seperti ini yang berada di pasaran. Masing-masing tersedia dengan selera dan gaya yang berbeza. Pengalaman orang yang berubah adalah kerana mereka mahu berjaya dan keinginan inilah yang membuatkan pemikiran, usaha dan semangat dipacu ke arah satu matlamat yang jelas dan dirancang.
Kolonel Sanders, pengasas resepi ayam goreng Kentucky, menjadi berjaya setelah berusia 65 tahun. KFC adalah jenama di setiap rumah rakyat Malaysia pada hari ini. Beliau bertukar-tukar kerja sehinggalah resepi ayam goreng istimewa ibunya memenuhi cita rasa dan selera Pete Harman, seorang pemilik restoran yang memperkenalkan ayam goreng berkenaan ke semua cawangan restorannya.
Kentucky Fried Chicken, atau dikenali sebagai KFC menjadi syarikat awam pada tahun 1966, disenarai di Bursa New York pada 1969. Pada tahun 1986, PepsiCo membeli KFC dengan harga US$840 juta. Bermula ketika umur 65 tahun, beliau meninggal dunia kerana leukemia pada usia 90 tahun.
Ulasan Editor : Prasyarat menjadi jutawan dan usahawan yang berjaya tidak pernah berubah iaitu cerdik dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pemerintah-pemerintah zaman dahulu menjadi kaya kerana memiliki sejumlah harta warisan yang banyak dan memerlukan ramai orang untuk menguruskannya. Perubahan bermula di era Revolusi Perindustrian setelah keperluan kepada bahan-bahan mentah dan ciptaan baru meningkat. Bagaimanapun, di akhir 1990-an dan awal abad ke-21, revolusi pemikiran dan penggunaan ilmu yang lebih luas memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk mencari kekayaan, malah ada di antaranya hanya menjadi jutawan dengan bekerja seorang diri atau berpasangan. Perkembangan Internet umpamanya, membuka seluas-luasnya pasaran dunia kepada semua orang untuk mendapatkan kekayaan. Begitu juga penulis, ahli muzik dan tukang masak yang berbakat. Mereka tidak perlukan ramai orang untuk menjadi kaya dan meraih kejayaan.

No comments:
Post a Comment