Wednesday, July 20, 2022
Yang kalah akan tertinggal
Dalam siri yang lepas, saya mengetengahkan model sekolah abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Gardon dan Dr Jeannette. Hari ini saya akan ketengahkan model sekolah abad ke-21 yang mereka berdua nampak.
Model baru ini tidak membahagikan masyarakat kepada tiga kelompok mengikut peratusan sebaliknya hanya dua kelompok iaitu majoriti dan minoriti. Apa erti majoriti dan minoriti ini? Majoriti bermaksud kita perlu bertindak sendiri, belajar sendiri, memotivasikan diri sendiri dan menjadi pengurus sendiri.
Sistem pendidikan yang dilalui sewajarnya membentuk individu yang ada ciri-ciri ini kerana dunia hari ini adalah dunia persaingan.
Yang kalah dan tidak ada persediaan akan tertinggal jauh di belakang.
Pada masa hadapan, golongan majoriti akan lebih ramai seperti doktor lebih ramai, pensyarah lebih ramai dan guru lebih ramai. Setiap pekerjaan akan dilihat kepada kepakaran dan kesungguhan individu kerana individu yang mengurus dirinya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment