Thursday, July 14, 2022

Betulkan sikap untuk berjaya


Terlalu banyak sebab yang mendorong seseorang untuk berjaya atau gagal. Terdapat usahawan yang berjaya dalam bisnes kerana bakatnya, ada tukang tenun dikenali ramai kerana kemahirannya dan ada orang yang dihukum penjara kerana sikapnya sendiri. 

Antara bakat kemahiran dan sikap mana satukah yang lebih penting? 

Cuba kita fikirkan bersama-sama iaitu ada orang yang sangat berbakat dalam bidang lakonan tetapi sikapnya amat teruk. 

Contohnya, jika ada penggambaran beliau datang lewat dan menyusahkan krew yang lain. Ada orang yang sangat mahir menjahit tetapi untuk membaiki kaki seluar mengambil masa dua hingga tiga hari. 

Pada saya, sama ada bakat atau kemahiran yang menjadi perhatian, kita perlu bagi lebih banyak perhatian kepada sikap kerana sikap yang merupakan faktor dominan dan amat berpengaruh untuk mencapai kejayaan. 

Kita boleh lihat sendiri berapa ramai orang yang agak kurang pandai dalam pelajaran tetapi mempunyai sikap yang betul tentang hidup telah berjaya mendidik anak-anak belajar di universiti.


No comments:

Post a Comment