Orang seperti ini sentiasa membisikkan kepada diri mereka, ‘Saya tidak faham kenapa kehidupan jadi macam ini’ ataupun ‘Kenapa nasib saya jadi macam ini’.
Sikap orang yang gagal dan putus asa ialah sering kali menyalahkan orang lain, salahkan persekitaran, salahkan peraturan dan semuanya salah kecuali dirinya sendiri.
Mereka juga kerap kali meratapi dan menyesali apa sahaja yang terjadi ke atas diri sendiri tanpa menyedari sebenarnya dirinya yang membiarkan keburukan, kegagalan atau kekecewaan berlaku ke atas dirinya.
Orang yang ada sikap ‘biarkan’ ini wajar diberi kesedaran dan dibimbing supaya dapat berubah dan melihat dunia dengan pandangan positif.
No comments:
Post a Comment