Sunday, July 17, 2022

Persepsi imej diri


Setiap kali kita memandang orang lain, tentu akan muncul dalam fikiran kita pandangan kita terhadap perwatakan, emosi ataupun cara berfikirnya. 

Pandangan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut sebagai persepsi. Melalui persepsi, kita mula membentuk tanggapan positif atau negatif. 

Kepada orang lain, bagaimana kita boleh membentuk persepsi positif diri kita pada pandangan orang lain? 

Kuncinya ialah imej diri iaitu anggapan ataupun persepsi diri kita terhadap ‘jenis orang bagaimanakah diri kita?’ 

Anggapan ini terbina kerana kepercayaan yang ada dalam fikiran kita. Kebanyakan maklumat yang ada ini dikumpul tanpa disedari hasil daripada pengalaman pendidikan, kejayaan dan kegagalan yang berkembang sejak dari kecil iaitu zaman kanak-kanak. 

Lama kelamaan kepercayaan diri ini dianggap sebagai benar walaupun tidak semestinya benar. Imej diri inilah yang menjadi rakan paling akrab kerana apa juga tindakan atau cara berfikir, ia sentiasa beriringan dengan imej yang dibentuk itu.


No comments:

Post a Comment