Tuesday, July 19, 2022

Model sekolah masa lalu


Dua orang penulis dalam bidang pendidikan iaitu Gardon dan Dr Jeannette telah membandingkan dua model sekolah dalam buku mereka 'The Learning Revolution'. 

Model perbandingan mereka ialah sekolah abad ke-19 dan awal 20-an dengan sekolah abad ke-21. 

Bagi Gardon dan Dr Jeannette, model sekolah abad yang lepas dibahagikan kepada nisbah peratusan iaitu 20 peratus golongan profesional seperti doktor, peguam dan akauntan, 30 peratus adalah golongan berniaga dan kerja perkeranian manakala 50 peratus adalah golongan pekerja atau buruh. 

Maksud mereka berdua ialah sistem pendidikan dahulu bersifat pasif iaitu jika kita tidak dapat belajar bersungguh-sungguh, kita akan berada dalam kelompok yang ramai, mungkin sepanjang hayat. 

Jika rajin belajar, kita akan lebih baik dengan pendapatan yang besar dan persekitaran hidup yang lebih baik sama ada dalam kelompok 20, 30 atau 50 peratus. 

Masa hadapan kita lebih banyak ditentukan oleh orang lain seperti guru, rakan-rakan dan 'role model' kita.


No comments:

Post a Comment