Saturday, July 16, 2022

Belajar pandai-pandai


Mendapat ijazah bukanlah satu jaminan untuk mendapat pekerjaan yang baik pada hari ini. Apatah lagi persaingan dalam dunia pekerjaan semakin sengit, namun tidak mustahil untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. 

Andainya kita memiliki ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan. Biasanya majikan melihat kepada peribadi, corak berfikir dan kesediaan calon bekerja untuk melaksanakan tugas. 

Cuma kita lihat pada hari ini kebanyakan belia lepasan institusi pengajian tinggi kurang mengambil berat imej diri, personaliti dan keseriusan berfikir menyebabkan majikan berkira-kira hendak menawarkan pekerjaan. 

Sekiranya kita mempunyai imej diri yang rendah, tahap penguasaan ilmu yang kurang memuaskan dan tahap kemahiran yang sederhana, secara umumnya nilai-nilai diri kita juga rendah. 

Setiap kali kita menghadiri temuduga, kita kecewa kerana terpaksa menerima penolakan. 

Sebab itulah hadir ke sekolah dan berusaha belajar pandai-pandai adalah sangat penting supaya nilai diri kita lebih tinggi, dipandang mulia dan dapat menyumbang kepakaran kepada masyarakat dan juga negara.


No comments:

Post a Comment