Saya cuba berfikir dan merenung idea ini dan bagaimana kita boleh mendapat manfaatnya. Dalam dunia pekerjaan hari ini, kepelbagaian kemahiran ataupun multitasking amat penting.
Inilah kelebihan orang yang mencari kerja dengan ilmu dan kemahiran yang berbagai-bagai jenis.
Diminta mengurus dia boleh mengurus, diminta memimpin dia boleh memimpin dan diminta keluar negara mewakili syarikat, dia pergi. Maknanya, sama ada tugas yang kecil ataupun besar, dia boleh lakukannya.
Tugas-tugas yang kecil seperti membuat laporan, menjadi pemandu ataupun pembancuh kopi juga tidak ada masalah.
Biasanya orang yang memiliki kemahiran seperti ini akan cepat dinaikkan pangkat dan berpeluang untuk memimpin syarikat atau organisasi pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment