Wednesday, July 13, 2022

‘Aku boleh!’


Setiap bulan saya akan berjalan jalan di bandar untuk mencari buku-buku baharu berkaitan motivasi yang ditulis oleh penulis tempatan ataupun luar negara. 

Saya tidak kisah asalkan ada maklumat baharu tentang pembangunan diri, kerjaya keluarga ataupun kewangan. Biasanya ciri-ciri kejayaan yang ditulis oleh penulis-penulis buku motivasi ini tidak banyak perbezaan. 

Antara ciri-ciri ini ialah mendorong diri bercakap positif, segera bertindak, bersungguh-sungguh dan bermacam-macam lagi. Yang paling menarik ialah kata-kata peneguhan diri seperti ‘Aku boleh!’. 

Sepanjang pengalaman dan pemerhatian saya, ungkapan ‘Aku boleh!’ dapat merangsang minda, emosi dan tingkah laku untuk mencapai matlamat. itu pun selepas diberi pendedahan kepada berjenis-jenis cabaran, halangan dan aktiviti. 

Jika setakat sekali dua mencuba, konsep ‘Aku boleh!’ belum mantap. 

Insya-Allah, jika kita kerap menanam slogan ‘Aku boleh!’ dalam minda, suatu hari nanti tentu kita akan berjaya.

No comments:

Post a Comment