Monday, July 11, 2022

Asalkan mahu bertindak


Orang-orang yang berjaya biasanya mengambil sikap 'bangun membuat' artinya mengambil inisiatif, berusaha dan bertindak merealisasikan matlamat. 

Sikap bangun membuat boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja asalkan ada sikap minda yang wajar, imej diri yang meyakinkan dan disiplin diri yang kuat. 

Pensyarah, pengurus, pegawai bank, guru atau pelajar dan sesiapa sahaja boleh membina sikap ini dalam kehidupan. 

Minda yang wajar bermaksud boleh berfikir ke arah rasa bertanggungjawab, bersedia dengan perubahan dan ada inisiatif untuk bertindak. 

Lebih mudah bertindak apabila imej diri yang positif, motivasi diri dan disiplin. 

Tidak susah untuk membina sikap bangun membuat sekiranya kita benar-benar memiliki kesediaan minda emosi dan mahu membaiki diri. Insya-Allah kita boleh asalkan kita mahu bertindak.


No comments:

Post a Comment