Thursday, July 21, 2022

Percaya diri untuk berjaya


Salah satu daripada minat saya yang telah lama saya lakukan ialah mengumpulkan maklumat tentang kisah-kisah kejayaan yang diraih oleh sesiapa sahaja sama ada pelajar sekolah, ahli sukan, kanak-kanak, ahli politik ataupun penggubah lagu. 

Di samping gambar, saya kumpulkan juga maklumat tentang usaha yang mereka lakukan, aspirasi dan cabaran yang dihadapi. 

Sebenarnya mereka yang berjaya ini memiliki beberapa nilai teras yang hampir sama seperti menghormati diri sendiri, percaya kebolehan diri, disiplin diri dan boleh mengendalikan diri sendiri dengan baik. 

Contohnya, ahli sukan yang ingin menjadi juara dalam satu-satu acara. Ahli sukan perlu berlatih dengan bersungguh sungguh kerana dia percaya yang dia boleh menjadi juara. Dia memikirkan teknik yang terbaik, memiliki strategi yang berkesan dan sentiasa bercakap kepada dirinya tentang keupayaan diri untuk pergi lebih jauh. 

Ditambah pula dengan disiplin diri yang kuat, usahanya insya Allah akan berjaya.

No comments:

Post a Comment