Monday, July 25, 2022

Anugerah kemajuan diri


Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza-beza kerana pengetahuan dan pengalaman hidup tidak sama. 

Berdasarkan kepada kedua-dua ciri ini iaitu pengetahuan dan pengalaman, keinginan datang daripada desakan naluri untuk menjadikan diri kita sebagai ‘orang yang paling baik’. 

Kerana itulah dalam organisasi diwujudkan pekerja cemerlang, di sekolah diadakan hari penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dan di universiti pula, pelajar cemerlang setiap semester diberikan anugerah dekan. 

Semua anugerah ini adalah untuk mengiktiraf mereka yang sentiasa berusaha memajukan diri sehingga berjaya. 

Peribahasa yang kita selalu dengar ‘hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih’ boleh menjadi motivasi untuk terus berusaha sehingga berjaya.

No comments:

Post a Comment