Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard, 85% pencapaian kenaikan pangkat dan apa jua bentuk kejayaan disebabkan sikap. Hanya 15% disebabkan kepakaran teknikal, profesional, bakat dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, sikap menjadi faktor penting untuk berjaya dalam kerjaya dan sikap terhadap kejayaan dan kecemerlangan harus bermula sejak kecil.
Satu cara yang paling berkesan untuk membentuk sikap adalah melalui sistem pendidikan formal iaitu sekolah dan universiti.
Sistem pendidikan yang dilalui iaitu dari tadika hingga universiti wajar memberi penekanan ke atas pentingnya peranan sikap dalam kehidupan.
Apabila pelajar mempunyai sikap yang betul, baharulah dikatakan pembangunan insan yang holistik, berkemahiran, personaliti menarik dan dapat melakukan kerja-kerja yang mencabar.
No comments:
Post a Comment