Saturday, July 23, 2022

Kita yang faham hidup kita


Selain percaya diri dan disiplin diri, kawalan diri yang baik merupakan satu lagi cara untuk menjadi seorang yang berjaya. 

Apakah maksud kawalan diri ini? 

Begini, katakan kita berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta dan sedang memegang stereng kereta untuk menggerakkan kereta ke destinasi yang telah ditentukan. 

Sekiranya kita tahu ke mana hendak dituju, mempunyai kemahiran memandu yang hebat dan teknik pemanduan yang cekap, tentulah perjalanan akan selamat kerana kita dapat mengawal keseluruhan perjalanan tersebut. 

Begitu juga dengan hidup kita. Kita sendiri yang melakukan semua langkah keselamatan kerana kita sendiri yang menjadi pemandu hidup. 

Andainya kita dididik dengan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kefahaman yang jelas terhadap hidup perjalanan hidup kita tentu lebih mudah dan dapat mengharungi semua cabaran dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment