Friday, July 22, 2022

Disiplin diri asas kejayaan bekerja


Kejayaan dan kecemerlangan boleh diraih oleh sesiapa sahaja dalam apa sahaja bidang dan di mana mana sahaja. 

Namun, kejayaan dan kecemerlangan ini tidak datang bergolek-golek kepada kita, sebaliknya ada kunci-kuncinya. 

Salah satu daripadanya ialah disiplin diri. Jika kita membaca buku-buku tentang kejayaan produk dan jenama dari Jepun, kita akan dapati kejayaan itu disumbangkan oleh organisasi yang mempunyai pekerja yang berdisiplin. 

Tidak kiralah sama ada syarikat itu ada di Jepun, Australia, Brunei ataupun China, kualiti produk dihasilkan adalah sama. Asalkan ada disiplin diri, sesiapa sahaja boleh berjaya kerana disiplin diri bukannya hak mutlak orang orang Jepun. 

Malah sesiapa sahaja boleh memiliki disiplin. Ini termasuklah diri kita sendiri, pelajar, remaja, belia, abang, kakak dan sebagainya. 

Melalui disiplin, tabiat dan budaya hidup yang mahukan kejayaan tentu akan menjadi pilihan.


No comments:

Post a Comment