Tidak ada yang
tidak boleh dicapai oleh kita kecuali kita enggan mengubah cara berfikir dan
berada dalam zon selesa. Bagaimanapun, jika hendak capai, kita kena ingat, ia
tidak berlaku begitu sahaja, mesti ada tindakan.
Inilah yang menerangkan kenapa
ramai orang yang memiliki bakat agak jarang mencapai kejayaan yang patut mereka
dapat kerana mereka tidak mahu bersusah payah keluar dari sempadan hidup untuk
membuat perubahan.
Kewajaran menghadapi cabaran ditolak dengan alasan “mustahil”,
“it’s impossible” atau “ia pasti tak
akan jadi kenyataan”, “it’s just not
meant to be” dan sebagainya.
Jadi, usaha yang dibuat telah tewas kepada
alasan-alasan ini. Realitinya, mereka berundur daripada melawan cabaran itu
kerana berasa tidak lagi selesa.
No comments:
Post a Comment