Wednesday, December 23, 2015

Susun matlamat








Matlamat bukan sahaja merangka impian tetapi menyusun perhatian dan memberi inspirasi untuk bertindak. 

Matlamat atau “goal” pada setiap orang berbeza-beza. Malangnya kebanyakan daripada kita meletakkan matlamat yang lemah dan kurang memotivasikan kerana kurang yakin dengan kebolehan diri, kurang merasai kejayaan apabila dapat mengecap sesuatu pencapaian secara emosi dan tidak bersedia apabila menghadapi masalah. 

Ciri-ciri matlamat hidup hari ini semakin kompleks kerana banyak cabaran. Jadi, kita perlu susun matlamat berdasarkan tahap kepentingan, keutamaan dan bentuk cabaran yang dihadapi. 

Sesetengahnya mungkin serius, boleh dicapai dalam sehari dua atau dua tiga tahun, ataupun mengambil masa lebih lama. Kita perlu bijak menguruskan matlamat kita ini.


No comments:

Post a Comment