Kehidupan pada
waktu pagi, petang dan malam adalah sama di semua tempat. Kita boleh memilih
untuk mengisi hari-hari kita dengan rutin harian, berjalan-jalan atau melakukan
apa yang kita biasa buat.
Namun, jika kita mahu maju dan menggunakan potensi
diri, mengambil risiko dan cabaran yang tidak pasti adalah tukaran yang sangat
berbaloi.
Saya rasa kita masih ingat bagaimana kita membuat kayuhan pertama
semasa belajar mengayuh basikal. Kayuh, jatuh, kayuh lagi berulang kali sehingga
berjaya merupakan tukaran yang sangat besar nilainya untuk belajar menghadapi
cabaran dan keluar dari zon selesa.
Setiap kali kita mengayuh basikal, zon
selesa semakin mengecil. Inilah perumpamaan yang sama apabila kita hidup dan
bekerja, berkeluarga dan bermasyarakat.
Yang sanggup menghadapi cabaran sahaja
yang akan berjaya akhirnya.
No comments:
Post a Comment